Tuesday, February 23, 2010

Kesilapan yang Biasa dalam Bisnes Kafe Berinternet

Link to us: http://sn.im/v02ow





Salam sejahtera kepada para pendengar dan Gong Xi Fa Cai kepada warganegara Malaysia yang berbangsa Cina.
(0.0-0.5)

Hari ini saya ingin membincangkan mengenai post saya yang lama iaitu kesilapan-kesilapan yang selalu dilakukan oleh operator-operator dlam bisnes kafe berinternet ini.
(0.6-0.15)

Okey...jadi, katakanlah anda baru sahaja membuka sebuah kafe berinternet. Jadi untuk hari perasmiannya, anda telah menawarkan servis yang percuma tetapi malangnya, para pelanggan yang datang untuk perasmian ini dikecewakan dengan masalah-masalah. Masalah-masalah sepaerti komputer tak berfungsi, komputer perlu dimulakan semula setiap kali dan juga komputer pelanggan tak dapat bersambung dengan komputer server. Jadi, imej anda telah musnah.
(0.16-0.47)

Oleh disebabkan itulah, sebelum anda bermula bisnes, anda perlu memastikan bahawa komputer-komputer yang anda beli adlah daripada perkakasan yang berjenama bagus, yang berkualiti, yang amat dikenali ramai status ataupun reputasinya.
(0.48-1.03)

Selain itu, anda juga perlu memastikan komputer-komputer anda mampu berfungsi dengan kelajuan yang tinggi...kerana para pelanggan yang datang ke kafe berinternet anda ini, mereka menjangkakan komputer yang terbaru sekali, yang mampu memproses data dengan cepat skali, kerana mereka mahu menyiapkan kerja mereka dengan cepat.
(1.04-1.26)

Oleh itu anda perlulah sentiasa menyelnggarakan komputer-komputer anda untuk memastikan kesemuanya dalam keadaan yang memuaskan untuk operasi kafe berinternet anda ini.
(1.27-1.44)

Dan juga masalah yang paling utama yang saya ingin ketengahkan di sini iaitu kekurangan komputer. Kurangnya komputer untuk pelanggan, itu adalah masalah yang besar kerana biasanya para pelanggan akan datang dalam jumlah yang ramai, dalam berkumpulan. Jadi, anda sebagai operator perlulah sentiasa memastikan komputer cukup ataupun lebih daripada cukup untuk para pelanggan sedia melangkah masuk dan menggunakan perkhidmatan kafe berinternet anda ini.
(1.45-2.21)

Jadi saya rasa saya akan berhenti di sini lah. Saya menceritakan sedikit sebanyak tentang kesilapan-kesilapan yang dilakukan. Mungkin tidak semua tetapi hanyalah sebilangan kecil. Namun saya harap ini juga dapat membantu anda.
(2.22-2.36)

Terima kasih kerana mendegar dan selamat tinggal.
(2.37-2.40)
blog comments powered by Disqus